top of page

Kondisi Nyeri Panggul

Updated: Aug 15, 2022



Seperti lutut, kedua-dua sendi panggul (Hip joint) kita menampung berat badan kita, semasa berjalan, berdiri serta membolehkan kita duduk atau berjongkok. Sendi panggul juga sering menderita rasa nyeri akibat cedera atau kondisi berikut:

Femoroacetabular impingement (FAI)

FAI atau dikenali sebagai Pelampiasan femoroacetabular disebabkan cedera orat berulangkali dalam sendi panggul. Ini menyebabkan sendi panggul rasa nyeri dan mengalami rasa resistan semasa ingin melipat sendi panggul.


FAI, kalau dibiarkan, dalam jangka panjang akan membawa kepada pengapuran sendi panggul.

FAI boleh dirawat melalui operasi memperbaiki orat yang cedera.



Avaskular necrosis (AVN) dan pengapuran panggul (hip osteoarthritis)

Kedua - dua kondisi ini menyebabkan kesakitan panggul dan juga kekakuan serta menjejaskan akitiviti berjalan pasien (pasien berjalan secara tempang atau limping).

Sendi panggul sudah kerosakan atau keausan dalam kedua-dua kondisi ini. Cara perawatan yang paling berkesan ialah operasi penggantian sendi panggul (total hip replacement).

25 views0 comments

Comments


bottom of page